Posts

Showing posts from April, 2020

Donut Yona

Buat donut pon antara yang simple je actually. Cume takde masa je nak buat bila dah ada anak ni.. Semalam buat la after berbulan2 lama nya tak buat donut ni.. Ingredients : 1. Mauripan 2. Susu sejat 3. Marjerin 4. Tepung gandum 5. Garam 6. Air suam Steps : 1. Bancuh 2 sudu mauripan, 2 sudu susu sejat, 1 sudu kecil garam dan 3/4 cawan air suam. 2. Biarkan bancuhan tu kembang tapi jangan biarkan terlampau lama. 3. Uli 2 cawan tepung gandum dan 2 sudu marjerin bersama bancuhan tadi. 4. Masukkan air sedikit demi sedikit. 5. Uli sampai tepung da tak melekat pada tangan. 6. Biarkan adunan tadi sebentar. 7. Bulat- bulatkan, lenyekkan dan buat lubang di tengah. 8. Kalau buat size sederhana, dengan ratio adunan ni boleh dapat 20 pcs. 9. Panaskan minyak dan goreng dalam api yang kecil sahaja. SELAMAT MENCUBA 😊😊

Pisang Kukus

1st time try masa baru-baru kerja kat Sirim which is made by my colleague I tak tahu menu ni asal dari mana but my colleague said it was from her opah’s recipe which from Teluk Intan. Tak pernah buat sendiri and bile time PKP ni tasa macam nk try buat sendiri. Terus wassup my colleague for her recipe. The easiest and the fastest menu for tea time ifyou sorang yang pemalas macam ioll 😂😂 The ingredients: 1. Pisang (pisang berangan better to use) 2. Tepung gandum 3. Santan 4. Garam 5. Gula Step : 1. Bancuh tepung gandum, santan, gula and garam. Jangan terlalu cair or terlalu pekat. 2. Potong pisang kepada 2 bahagian. 3. Susun pisang dekat Tupperware. 4. Tuang bancuhan tadi and jangan sampai pisang tenggelam. 5. Masukkan ke dalam kukusan dalam masa 15-20 minit dengan api yang kecil. Make sure masukkan selepas air dah mendidih.