Posts

Showing posts from February, 2020

Perginya seorang insan seni

Assalamualaikum semua,, Hari ni rasa macam nak share apa yang aku rasa tentang perginya seorang insan seni bernama ABAM. Aku bukan lah peminat tegar atau kenalan arwah tetapi tak tahu kenapa, diri ini merasakan sangat insaf dengan cara pemergiannya yang sangat dicemburui oleh semua orang. Semasa hidupnya, tak ada pun semua orang nak angkat atau memujanya. Tetapi selepas dia meninggal, bermacam-macam cerita tentang amalan-amalan baik yang dia buat orang kongsikan. Setiap hari ada je cerita baik yang aku sangat kagum dan terharu. Aku terfikir, bolehkah aku pergi macam dia? Meninggal dengan senang, mudah dan ramai orang akan doakan aku? Cemburunya aku dengan cara dia pergi. Setiap kali tengok video atau gambar anak dia  Hamzah,mesti aku akan menangis. Mungkin sebab aku dah jadi seorang ibu, aku rasa sangat sedih memikirkan macam mana dia nak membesar dengan tiadanya seorang ayah disisi. Cuma 8 bulan je dia dapat merasakan kasihnya seorang ayah. Kata-kata abam yang aku akan